MPSJ tawar kutipan sampah pukal percuma

 Azfarizal Abdul Rashid
Azfarizal Abdul Rashid
A
A
A
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal secara percuma di kawasan taman perumahan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bermula Isnin ini sehingga 8 Februari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan itu ditawar bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurutnya, kutipan sampah pukal dilakukan mengikut jadual kutipan sampah domestik di kawasan perumahan menerusi permohonan dikemukakan oleh penduduk.

“Penduduk yang berminat perlu kemukakan permohonan tersebut dengan menghubungi Jabatan Pengurusan Alam Sekitar di talian 0380263182; 0380264363; 0380267430; 0380267431 atau 0380267433.

“Penduduk yang buat permohonan perlu letak sampah pukal di depan rumah mereka bagi memudahkan pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) melaksanakan kerja-kerja kutipan secara berperingkat,” katanya.

Menurutnya lagi, perkhidmatan hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan MPSJ tidak akan melaksanakan kutipan tersebut selepas tamat tempoh dinyatakan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!