Asri janggut pemberi maklumat, bukan suspek

Noor Azam Jamaludin
Noor Azam Jamaludin
A
A
A

SHAH ALAM - Polis tidak akan memanggil pemilik dan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut berhubung dakwaan yang dibuatnya pada Sabtu lalu mengenai kegiatan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, Asri merupakan pemberi maklumat bukannya suspek yang memerlukan pihak polis merakamkan keterangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya'

“Saya telah arahkan polis Sungai Buloh tidak memanggil dia (Asri) kerana dia adalah pemberi maklumat. Bagi saya, sesiapa yang hendak buat laporan pun buatlah. Dia bukan orang kena tuduh mahu pun suspek, kita kena layan dia sebagai pemberi maklumat.

"Tapi sayang, dia telah mendedahkan dirinya sebagai pemberi maklumat dan sepatutnya pemberi maklumat ini tidak mendedahkan dirinya dan sepatutnya usah mendedahkan identiti," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cari pemilik akaun Facebook Asri Janggut

Noor Azam berkata, pemberi maklumat adalah sulit kerana sekiranya terdedah ia boleh mengundang masalah.

Selain itu, beliau turut meminta orang awam yang ada maklumat berkenaan salah laku pegawai atau anggotanya agar salurkan kepada pihaknya dengan bukti yang jelas untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sekiranya ia berkaitan dengan rasuah, boleh laporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!