Deretan sembilan gerai musnah terbakar

Deretan gerai yang terbakar awal pagi ini.
Deretan gerai yang terbakar awal pagi ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Deretan sembilan gerai di Jalan 1/76B Desa Pandan di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.38 pagi dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu serta Keramat ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, jentera pertama tiba pada jam 5.50 pagi dan mendapati gerai terletak di bahu jalan itu sudah musnah keseluruhan.

"Anggota bomba mengawal kebakaran daripada merebak ke gerai-gerai lain sekitar jam 6.01 pagi dan padam sepenuhnya 18 minit kemudian.

"Terdapat sebanyak 68 gerai berada di kawasan itu dengan anggaran keseluruhan kawasan terlibat kebakaran 1, 350 kaki persegi," katanya.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!