Jumlah kes Covid-19 seluruh dunia melebihi 20 juta
MOSCOW - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia sudah melebihi 20 juta, lapor agensi berita Sputnik berdasarkan data Johns Hopkins University.
Kes seluruh dunia kini berjumlah 20,001,019 semalam, dengan 733,897 kematian dan 12,200,847 kes pulih.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.
Menurut WHO, jumlah korban global sudah melebihi 728,000 orang dengan jumlah kes di seluruh dunia melebihi 19.7 juta. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!