SPRM tidak berat sebelah terhadap kes Guan Eng

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pihaknya tidak bersikap berat sebelah atau doubel standard' ketika menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, sebaliknya pihaknya menjalankan tugas secara telus dan profesional.

"Saya dah cakap banyak kali bahawa kami tidak ada berat sebelah kepada mana-mana pihak.

"Berkenaan baju lokap, itu perkara lama. Penggunaan baju lokap adalah budi bicara pegawai penjaga lokap dan pegawai penyiasat dan saya telah katakan banyak kali itu terpulang kepada kuasa budi bicara pegawai penyiasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program SPRM PUBG Mobile i-Challenge di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng dakwa jadi mangsa dendam politik

Terdahulu, portal tempatan melaporkan Guan Eng dalam satu hantaran 8 Ogos lalu di Facebook, menceritakan pengalamannya bermalam di lokap SPRM di Putrajaya sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengimbas kembali beliau tidur di atas lantai papan dan 'tidak bernasib baik' seperti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiasat berhubung kes 1MDB dan SRC International.

Menurut Guan Eng, beliau terpaksa tukar pakaian kepada baju oren lokap SPRM dan tidur malam beralaskan lantai papan di bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!