Sindiket seludup arak, rokok haram tumpas

Zainal Abidin (dua, kiri) menunjukkan antara arak yang dirampas.
Zainal Abidin (dua, kiri) menunjukkan antara arak yang dirampas.
A
A
A
JOHOR BAHRU - Polis berjaya mematahkan cubaan penyeludupan arak dan rokok haram dalam operasi di empat lokasi berasingan sekitar bandaraya ini dan Yong Peng, Batu Pahat membabitkan nilai rampasan dianggarkan bernilai lebih RM14.4 juta.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 hingga 3 petang Rabu lalu, seramai empat lelaki berusia 37 hingga 49 tahun turut ditahan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, dalam keempat-empat serbuan itu, sejumlah 1,499 kotak rokok pelbagai jenama dan 596 kotak minuman keras pelbagai jenama dirampas.

Menurutnya, lapan buah kenderaan iaitu lori turut dirampas.

"Ia melibatkan rokok seludup bernilai RM12.29 juta, manakala nilai arak dirampas sebanyak RM1.4 juta.

"Turut dirampas lapan buah lori yang dianggarkan bernilai RM680,000," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, dua suspek direman tujuh hari dan dua lagi direman selama empat hari mulai semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama maklumat orang awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!