'Suami bersihkan sendiri sisa makanan anak di kedai'
KUALA LUMPUR - "Perangai suami saya kalau kat kedai makan... bila anak dia sepahkan nasi dia akan bersihkan...," demikian tulis seorang wanita yang memuat naik rakaman gelagat suaminya membersihkan sisa nasi di atas lantai di sebuah kedai makan.
Perkongsian video penuh inspirasi itu dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun @syedfaeza sehingga menarik perhatian ramai.
Katanya, setiap kali keadaan itu berlaku, suaminya juga meminta penyapu daripada pelayan kedai untuk membersihkan lantai.
"Kadang-kadang siap minta penyapu dengan 'waiter'... tak sampai hati nak susahkan mereka," tulisnya.
Video tersebut telah ditonton lebih 29,100 tontonan dan lebih 1,000 tanda suka.
Rata-rata warganet yang menonton video pendek itu memuji tindakan lelaki tersebut yang jarang dilihat berikutan ramai memilih untuk membiarkan sisa makanan bersepah di lantai.
Bukan itu sahaja, warganet juga berharap lebih ramai peka kepada kebersihan dan tindakan lelaki itu wajar dijadikan contoh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Tak pernah kesal, sedih miliki anak autisme'
Ibu bapa, guru waspada reka bentuk terkini vape
Urus jenazah biar ada ilmu
Wanita cemas berdepan provokasi pemandu Toyota
[VIDEO] Hidap lima penyakit kronik, ibu sumber kekuatan Iwan
40 mangsa termasuk 21 kanak-kanak terperangkap kepala air
3 beranak maut, bayi parah dalam kemalangan
Lapan maut MPV dinaiki bertembung pacuan empat roda
ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu, Gallant