Henti burukkan Umno, Pas!

 Mohd Fakaaruddin
Mohd Fakaaruddin
A
A
A

MACHANG - Kerajaan hari ini masih bersikap seperti pembangkang enggan terus memburuk-burukkan Umno dan BN sedangkan mereka telah diberi mandat bagi memerintah negara.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, pemimpin PH masih sibuk mengitar semula pelbagai isu terutamanya berkaitan bekas Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, tindakan tersebut bertujuan mengalih perhatian rakyat apabila Kerajaan PH dilihat gagal menepati janji-janji dan manifesto pada PRU14 yang lalu.

"Mereka sebenarnya bimbang apabila melihat kebangkitan rakyat terutamanya pada PRK Cameron Highlands jadi pelbagai cara digunakan bagi mengalihkan pandangan orang ramai termasuk memburuk-burukkan BN dan Pas.

"Malah mereka kata Umno dan Pas akan pupus. Sebagai kerajaan, mereka sepatutnya ketengahkan idea dan program-program bagi meningkatkan ekonomi rakyat yang berdepan kemelut kos sara hidup yang tinggi pada hari ini tetapi mereka bersikap sebaliknya, seperti pembangkang," katanya.

Kelmarin, Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa BN dan Pas akan pupus pada PRU akan datang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!