Pemancing tangkap ikan emas gergasi 15kg
DANAU KOTA - Video sekumpulan pemancing menangkap seekor ikan emas gergasi seberat 15 kilogram di Danau Toba tular di media sosial.
Ikan itu ditemui oleh seorang pemancing dan salah seorang daripada mereka juga sanggup terjun ke laut untuk menangkap ikan berkenaan supaya tidak terlepas di perairan Tao Silalahi, daerah Dairi, Sumatera, lapor Kompas.
Tao Silalahi yang berombak besar terkenal dengan ikan emas dan menjadi destinasi pelancongan.
Pemilik akaun Facebook Juliarson Saragih memuat naik momen ketika melihat rakannya berusaha menangkap ikan emas berkenaan dan terpaksa berkali-kali menarik tali pancing supaya tidak terlepas dari mata kail.
Juliarson memberitahu rakannya menggunakan jagung rebus sebagai umpan.
Kata penduduk, penemuan ikan emas bersaiz besar bukan kali pertama ditemui kerana penduduk menangkapnya pada Jun 2018 dengan berat 13.5 kilogram.
Penduduk juga mengaitkan penangkapan ikan misteri itu berpunca daripada tragedi Kapal Motor (KM) Sinar Bangun yang tenggelam di perairan Danau Toba.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!