Kedai roti, pastri kotor diarah tutup

Urungan lipas dan najis tikus dalam kedai.
Urungan lipas dan najis tikus dalam kedai.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai roti dan pastri di Jalan Pudu di sini, diarah tutup selepas beroperasi dalam keadaan kotor selain penemuan urungan lipas dan najis tikus di stor penyimpanan barang.

Didapati, peralatan dan mesin pemprosesan yang digunakan dalam penyediaan makanan tersebut juga berada dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sepasukan anggota dari Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas premis tersebut hari ini.

Keadaan kotor dalam premis termasuk dulang digunakan untuk membakar roti diletakkan dilantai.
Keadaan kotor dalam premis termasuk dulang digunakan untuk membakar roti diletakkan dilantai.

Memetik kenyataan itu, pemeriksaan awal mendapati kebersihan kedai itu tidak memuaskan selepas lantainya kotor sementara dindingnya 'berdaki hitam'.

"Sementara tiga pengendali makanan terdiri daripada pekerja asing dari Bangladesh dan Indonesia tidak mempunyai suntikan tifoid selepas gagal mengemukakan dokumen berkenaan semasa pemeriksaan.

"Selain itu, didapati pengendali makanan juga tidak memakai penutup kepala, apron dan kasut semasa mengendalikan makanan," menurut kenyataan itu.

Katanya, susulan itu DBKL mengarahkan premis tersebut ditutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kuatkuasa 12 Ogos 2020.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!