Rangka manusia berusia lebih 1,000 tahun ditemui
BANDAR RAYA MEXICO - Satu rangka manusia lelaki pra Hispanic yang berusia lebih 1,000 tahun dijumpai di timur laut Mexico, kata ahli arkeologi semalam.
Ia merupakan rangka yang ditemui dalam keadaan sempurna buat pertama kalinya.
Rangka itu dipercayai milik manusia yang dianggarkan berumur 21 dan 35 tahun kini telah disimpan di dalam tikar, kata Institut Antropologi dan Sejarah.
Ia tidak pernah disentuh lebih 1,000 tahun dan kedudukan rangka manusia tersebut terpelihara bersama tinggalan tembikar, tambah institut itu.
Menurut institut tersebut, rangka itu ditemui oleh penduduk negeri Tamaulipas semasa pembinaan sebuah tangki air. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!