RON95 kekal, diesel naik 1 sen
SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal pada harga RM2.28 serta RM1.98, manakala diesel mengalami peningkatan 1 sen daripada RM2.17 kepada RM2.18 bagi tempoh 26 Januari hingga 1 Februari ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata, harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia bagi diesel pada ketika ini berada pada paras AS$73 setong berbanding petrol RON95 iaitu pada paras AS$62 setong.
"Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari negara China, dan juga peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global.
"Bagaimanapun, sepertimana yang telah dijanjikan, kerajaan akan menstabilkan harga jualan runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel dengan mengekalkan harga jualan runcit masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sekiranya harga pasaran produk melebihi paras harga tersebut," katanya, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!