Morbidelli tak sabar gegar GP Austria

Morbidelli (depan) bersama Quartararo ketika beraksi di Litar Brno, minggu lalu. Foto: Petronas SRT
Morbidelli (depan) bersama Quartararo ketika beraksi di Litar Brno, minggu lalu. Foto: Petronas SRT
A
A
A

PELUMBA Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli mengakui tidak sabar meneruskan momentum positif pada Grand Prix (GP) Austria hujung minggu ini selepas kejayaan menaiki podium pada GP Republik Czech baru-baru ini.

Morbidelli berkata, kejayaan menaiki podium selaku pemenang kedua di belakang pelumba Afrika Selatan Brad Binder, memberikannya keyakinan untuk terus mengulangi kejayaan berkenaan di Litar Red Bull Ring-Spielberg.

Justeru menurut pelumba Itali berusia 25 tahun itu, dia kini kembali memberikan fokus kepada perlumbaan di litar Red Bull-Spielberg itu selepas berehat beberapa hari.

“Saya sudah tidak sabar untuk kembali berlumba di litar. Biarpun di atas kertas litar berkenaan tidak kelihatan seperti salah satu litar yang sukar, tetapi ia hanyalah di atas kertas.

“Kita masih perlu melihat keadaan sebenar pada sesi latihan Jumaat ini bagi mengetahui tahap kesukaran yang ada di litar berkenaan,” katanya.

Sementara itu, rakan sepasukannya Fabio Quartararo juga bertekad untuk kembali ke pentas podium selepas mengakhiri saingan di Litar Brno pada kedudukan ketujuh biarpun mendominasi GP Sepanyol dan GP Andalusia sebelum itu.

Katanya, apa yang lebih penting pada ketika ini adalah untuk memberikan fokus kepada perlumbaan di Litar Red Bull dan meraih mata bagi mengukuhkan kedudukan dalam kejuaraan dunia.

“Saya benar-benar tidak sabar untuk berlumba di Litar Red Bull Ring-Spielberg kerana ia antara litar kegemaran saya.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun, kita akan melihat dahulu situasi sebenar di litar berkenaan dan kemudiannya mencuba sedaya upaya untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan tiga teratas berbanding tahun lalu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!