Pesakit positif Covid-19, Hospital Pantai lakukan proses nyahkuman

Proses nyahkuman segera dilakukan di semua kawasan yang dikunjungi pesakit tersebut di Hospital Pantai Sungai Petani sesuai dengan panduan kawalan jangkitan yang ketat.
Proses nyahkuman segera dilakukan di semua kawasan yang dikunjungi pesakit tersebut di Hospital Pantai Sungai Petani sesuai dengan panduan kawalan jangkitan yang ketat.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Hospital Pantai Sungai Petani melakukan proses nyahkuman selepas seorang pesakit di hospital itu didapati positif koronavirus (Covid-19) hari ini.

Hospital tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan kes tersebut segera dilaporkan dan diambil alih Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan seterusnya.

"Semua kawasan yang dikunjungi pesakit segera dilakukan proses nyahkuman sesuai dengan panduan kawalan jangkitan yang ketat.

"Jejak kontak rapat juga dilakukan dan semua kakitangan yang bersentuhan dengan pesakit itu telah ditempatkan di tempat kuarantin dan ujian swab turut dilakukan," katanya.

Menurut kenyataan itu, Hospital Pantai Sungai Petani telah menguruskan kes ini dengan segera dan tepat mengikut garis panduan dikeluarkan KKM.

Katanya, hospital mematuhi polisi dan proses pengendalian jangkitan serta telah melakukan langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan kakitangan dan pesakitnya dari masa ke masa.

"Perkhidmatan klinikal di hospital tidak terjejas dan pesakit dapat meneruskan rancangan perawatan yang ada di sini dengan mengetahui bahawa mereka berada di persekitaran yang selamat.

"Sejak Januari lalu, Hospital Pantai Sungai Petani telah melakukan beberapa langkah pencegahan termasuk mengehadkan pintu masuk ke hospital dan memeriksa suhu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!