Lebih 10 maut serangan udara di Afghanistan
KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 16 orang daripada satu keluarga Afghanistan terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di wilayah Helmand, kelmarin.
Gabenor Helmand, Mohammad Yasin Khan mengutuk serangan itu dan menuntut siasatan penuh dijalankan secepat mungkin.
Sementara itu, bekas Presiden Hamid Karzai menggesa AS supaya meningkatkan usaha rundingan damai bukannya terus mengebom rumah penduduk awam Afghanistan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!