Pembantu kedai runcit edar dadah diberkas

Suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta serta cuba melanggar anggota polis dan kereta pasukan polis di Jalan Sentul di sini hari ini.
Suspek cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta serta cuba melanggar anggota polis dan kereta pasukan polis di Jalan Sentul di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu kedai runcit yang disyaki pengedar dadah diberkas di tepi Jalan Sentul di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sepasukan polis menahan suspek berusia 38 tahun yang memandu sebuah kereta jenis Proton Saga BLM pada jam 3.25 petang.

"Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kereta serta cuba melanggar anggota polis dan kereta pasukan polis.

"Kita melepaskan beberapa das tembakan di bahagian tayar kereta suspek demi mempertahankan diri serta untuk memberhentikan kenderaan tersebut supaya ia tidak membahayakan orang awam yang lain," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, suspek berjaya ditangkap selepas dia menyerah diri dan semakan rekod lampau mendapati dia mempunyai lima rekod jenayah berkaitan dadah.

"Polis menjumpai dadah jenis heroin anggaran berat 450 gram dan dadah syabu seberat 151 gram di bawah kerusi penumpang bahagian hadapan kereta tersebut.

"Hasil saringan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan THC," katanya.

Katanya, suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana–mana balai polis berhampiran," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!