Calon Bebas calon Pejuang, kata Tun M

Dr Mahathir ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon PRK DUN Slim di Taman Slim Permata, Slim River malam ini.
Dr Mahathir ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon PRK DUN Slim di Taman Slim Permata, Slim River malam ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Oleh kerana belum dapat tubuh parti, maka kita kenalkanlah calon Bebas, tetapi sebenarnya dia (calon) parti Pejuang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Beliau berkata, pemilihan Amir Khusyairi, 38, sebagai calon Bebas di PRK Slim merupakan langkah permulaan parti baharu itu kepada umum.

Menurutnya, calon yang diperkenalkan akan membawa bersama perjuangan parti baharu itu untuk melahirkan bangsa yang menolak kleptokrat dan politik kewangan.

"Saya harap di (PRK) Slim kita dapat buktikan yang kita bukan keturunan katak, kita tegak berjalan lurus dan akan berjuang demi bangsa, negara dan agama.

"Ia bermula dengan sokongan kepada calon kami di Slim dan saya harap penduduk Slim dapatlah beri sokongan penuh sebagai bukti bahawa penduduk di sini menolak politik kewangan," katanya ketika berucap pada majlis memperkenalkan calon PRK DUN Slim di Taman Slim Permata, Slim River di sini malam ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) antaranya Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Mahathir yang juga bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, langkah untuk besarkan pengaruh parti sedang dilaksanakan dan pihaknya membuka pintu kepada ahli Bersatu Blackout bersama menyertai parti itu.

"Jadi mana yang blackout tu bolehlah cerah balik, percayalah parti ini akan pegang teguh kepada penolakan politik wang dan tidak akan tawarkan bayaran untuk sesiapa yang nak jadi ahli.

Artikel Berkaitan:

"Jika nak jadi ahli...jadilah tetapi kita tak ada duit nak dihambur," katanya.

Dalam majlis itu, bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya diumum sebagai Pengarah PRK DUN Slim.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu mengumumkan Pejuang sebagai nama parti baharu yang ditubuhkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M pilih peguam calon PRK DUN Slim

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!