Gadis cari bapa kandung jadi wali nikah
MELAKA - Seorang gadis yang bakal melangsungkan perkahwinan pada akhir bulan ini berharap dapat menemui ayah kandung untuk menjadi wali pernikahannya.
Noor Karmilawatie Mohd Fuzi, 22, berkata, dia tidak pernah mengenali ayahnya, Fuzi Osman, 42, yang berasal dari Kedah setelah lelaki itu berpisah dengan ibunya ketika dia masih kecil.
"Selepas berpisah dengan mak, saya tinggal dengan nenek di Pulau Pinang dan kali terkahir saya jumpa ayah ketika saya berusia empat tahun.
"Sejak dari itu kami sekeluarga terputus hubungan dan saya pun tak tahu di mana kampung ayah sebelum saya berpindah tinggal dengan ibu saudara di Melaka selepas nenek meninggal dunia," katanya yang bekerja sebagai peniaga.
Sehubungan itu, Noor Karmilawatie mengharapkan bapanya dapat tampil ke Mahkamah Syariah Tangkak, Johor pada 26 Ogos ini bagi urusan pernikahan.
Mereka yang mengenali Mohd Fuzi boleh menghubunginya di talian 017 5782844.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!