Tentera AS serang masjid di timur Syria
DAMSYIK - SYRIA. Tentera Amerika Syarikat (AS) pada Khamis telah memusnahkan sebuah masjid di timur Syria.
Pusat Pemerintah Tentera AS (Centcom) mendakwa masjid berkenaan dijadikan sebagai pusat operasi kumpulan militan Daesh di kawasan tersebut.
Ia mendakwa telah membunuh anggota Daesh namun tidak menyatakan secara terperinci jumlah pengganas yang mati dalam serangan tersebut.
Sejak beberapa bulan lalu, AS kerap menyasarkan masjid di seluruh Syria dan serangan turut meragut nyawa orang awam.
Minggu lalu, AS menyerang sebuah lagi masjid di utara Syria sehari selepas empat rakyat AS termasuk dua tentera maut dalam serangan bunuh diri di Manbij.
Daesh mengaku mendalangi serangan tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!