'KJ ada di Parlimen, bukan di Slim River'

Tangkap layar gambar individu didakwa Khairy yang ditularkan laman Facebook CHE DET Supporters.
Tangkap layar gambar individu didakwa Khairy yang ditularkan laman Facebook CHE DET Supporters.
A
A
A

SHAH ALAM - Kelibat seorang lelaki yang menyerupai Khairy Jamaluddin pada majlis memperkenalkan calon bebas kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Slim River malam tadi menjadi tular di media sosial.

Bagaimanapun, Pemuda UMNO menafikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu hadir pada majlis berkenaan.

Exconya, Armand Azha Abu Hanifah menafikan gambar dimuat naik dalam Facebook CHE DET Supporters adalah Khairy, sebaliknya mendakwa bekas Ketua Pemuda UMNO itu berada di Parlimen ketika itu.

“Pada Kelab Che Det, ini (gambar) petang semalam, Khairy Jamaluddin di Parlimen, 'colour suit' (warna kot) beliau pun lain daripada colour (warna) dengan gambar korang viralkan (yang) mengatakan beliau ada di program Tun semalam...

“Tanya bro Ibdilillah Ishak, media parti baharu korang ni awal-awal sudah fitnah. Aduyaiiii...,” tulis Armand di Facebook beliau sambil berkongsi gambar Khairy bersama beberapa individu lain di Parlimen petang semalam.

Sementara itu, seorang lagi exco sayap UMNO itu, Ibdillah Ishak mempersoalkan tindakan laman penyokong Dr Mahathir itu dengan meminta bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri ketujuh itu mengambil tindakan terhadap pengendali laman Facebook berkenaan.

“Che Det ‘rindu’ KJ ka? Mamat otak tiga suku mana yang diambil jadi 'admin page' (pengendali lama) CHE DET Supporters ni?

“Mantan SUPOL (Setiausaha Politik) PM7, Abu Bakar Yahya Aby sila ambil tindakan kepada sesiapa saja yang jadi admin 'page' (laman) ini. Hari pertama parti baru depa dah memalukan dan buat naya kat CheDet,” tulis Ibdillah di Facebook beliau.

Artikel Berkaitan:

Malam tadi, peguam syarie dan peguam bela, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi diumumkan sebagai calon Bebas untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim pada 29 Ogos ini.

Amir Khusyairi, 38, akan bertanding bagi mewakili kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri itu yang baru menubuhkan parti dinamakan Pejuang.

Pengumuman itu dibuat pada majlis memperkenalkan calon di Bilik Gerakan Utama, Taman Slim Permata dekat Slim River, malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!