Taktik lapuk sindiket judi, Macau Scam sewa kondominium
KUALA LUMPUR - Menyewa empat unit kediaman di sebuah kondominium mewah di Jalan Perak, di sini, kononnya dapat menyembunyikan kegiatan sindiket perjudian online dan Macau Scam akhirnya terbongkar selepas digempur pihak berkuasa.
Serbuan kira-kira jam 5.30 petang, semalam, itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.
Operasi itu berjaya memberkas 32 individu termasuk lima wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 41 tahun.
Semakan mendapati dua iaitu seorang lelaki dan wanita adalah warga China, manakala selebihnya warga tempatan.
Siasatan mendapati kesemua suspek itu diupah dengan bayaran gaji RM2,000 sehingga RM2,500 sebulan untuk mempromosikan kegiatan judi online dan forex.
Malah, polis tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit turut terlibat dalam kes penipuan Macau Scam.
Polis percaya sindiket yang aktif sejak lima bulan lalu ini mampu mengaut untung mencecah lebih RM90,000 sehari.
Soal siasat juga sindiket menyewa empat penthouse terbabit dengan bayaran RM60,000.
Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan akan direman untuk siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!