Kanak-kanak perempuan maut tertinggal di dalam kereta bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertidur dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, dekat sini semalam.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertidur dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, dekat sini semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - [DIKEMASKINI] Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertidur dalam kereta bapanya di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang, dekat sini semalam.

Kejadian hanya disedari bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ketika mahu pulang ke rumah pada jam 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa dipercayai ditinggalkan dalam kenderaan hampir 10 jam dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

"Sebelum itu, bapa mangsa berusia 30-an menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu pada jam 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Sungai Lalang.

"Namun bapa mangsa terlupa mangsa masih berada dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir pada hari kejadian.

Adzli berkata, setelah tiba di tempat kerja, bapa mangsa telah keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan sekitar 4.30 petang.

"Ketika sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Ketika ingin pulang, bapa mangsa ternampak mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta," katanya.

Menurutnya, bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan memaklumkan kejadian, namun kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.

Adzli berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!