Dua beradik rasuah polis dipenjara sehari, denda RM10,000

Chee Wei (depan) dan kakaknya, Choy Shun mengaku bersalah di Mahkamah
Chee Wei (depan) dan kakaknya, Choy Shun mengaku bersalah di Mahkamah
A
A
A

MELAKA - Dua beradik dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi rasuah RM4,500 kepada seorang pegawai polis pada Julai tahun lalu.

Wong Chee Wei, 42, dan Wong Choy Shun, 43, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama telah memberi suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM4,500 kepada seorang inspektor polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Chee Wei atas kesalahan memiliki peralatan polis tanpa kebenaran mengikut Seksyen 89(a) Akta Polis 1967.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Balai Polis Melaka Tengah, kira-kira jam 4 petang, pada 23 Julai 2019.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Vinson Tay.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!