Palestin lancar protes, panggil balik duta di UAE

Presiden Palestin, Mahmud Abbas menolak perjanjian damai antara Emiriah Arab Bersatu dengan Israel. - Foto AFP
Presiden Palestin, Mahmud Abbas menolak perjanjian damai antara Emiriah Arab Bersatu dengan Israel. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Pihak berkuasa Palestin semalam mengumumkan akan memanggil balik dutanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai protes terhadap perjanjian damai antara negara itu dengan Israel.

"Sebagai permintaan daripada Presiden Mahmud Abbas, Kementerian Luar Palestin memutuskan untuk memanggil balik dutanya ke UAE dengan segera," kata Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki dalam satu kenyataan kepada AFP.

Perjanjian damai itu turut ditolak oleh Hamas iaitu sebuah kumpulan Islam yang menguasai Genting Gaza dan saingan kepada parti Fatah yang dipimpin Mahmud.

Bagaimanapun, Mahmud dan ketua Hamas, Ismail Haniyeh berbincang mengenai pengumuman perjanjian damai itu walaupun hubungan kedua-dua pihak adalah tegang, kata satu sumber Hamas kepada AFP.

"Semua kumpulan pejuang di Palestin bersatu menolak hubungan diplomatik dengan Israel itu," kata satu sumber Hamas. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!