Tiga calon tiba ke pusat penamaan setakat jam 9

Calon Bebas, S Santharasekaran tiba jam 8.50 pagi, disusuli calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada jam 8.57 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada jam 8.59 pagi.
Calon Bebas, S Santharasekaran tiba jam 8.50 pagi, disusuli calon BN, Mohd Zaidi Aziz pada jam 8.57 pagi dan seorang lagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pada jam 8.59 pagi.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Tiga calon tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di sini setakat jam 9 pagi tadi.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, yang tiba pada jam 8.57 pagi disusuli calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, pada jam 8.59 pagi.

Terdahulu tiba lebih awal adalah seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran, 44, yang merupakan Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (Perkam) pada jam 8.50 pagi.

Sepertimana peringatan yang telah diberikan, tiada perarakan penyokong yang membawa bendera atau laungan sorakan mengiringi calon masuk ke pusat penamaan calon.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 menyaksikan Mohd Khusairi yang mewakili BN mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR diwakili Mohd Amran Ibrahim dan calon Pas, Muhammad Zulfadli Zainal.

SPR menetapkan pengundian awal bagi PRK DUN Slim pada 25 Ogos manakala hari mengundi pada 29 Ogos membabitkan 23,094 pengundi iaitu 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!