Ketiadaan Neymar beri Messi tekanan

Reaksi Messi (kanan) selepas Barcelona disingkirkan Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara di Estadio da Luz pagi tadi.
Reaksi Messi (kanan) selepas Barcelona disingkirkan Bayern Munich pada suku akhir Liga Juara-Juara di Estadio da Luz pagi tadi.
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Rio Ferdinand mengecam polisi perpindahan dipraktikkan lembaga pengarah Barcelona selepas The Catalans kehilangan Neymar di sebalik terlalu bergantung kepada penyerang Lionel Messi sehingga menyebabkan gergasi La Liga itu disingkirkan dari saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Skuad kendalian Quique Setien didapati bergelut menggantikan bintang Brazil itu yang menyertai gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dengan pindah rekod dunia sebanyak 198 juta pound pada 2017.

Lebih malang Ousmane Dembele dan Philippe Coutinho yang direkrut dengan perbelanjaan lebih daripada 100 juta pound tetapi berdepan masa depan yang tidak menentu di Nou Camp.

Pembelian Antoine Griezmann dari Atletico Madrid dengan harga 108 juta pound dari Atletico Madrid musim panas lalu juga masih belum memberi impak diharapkan pada saingan musim ini.

Menurut Ferdinand, kegagalan The Catalans menemui pengganti Neymar secara tidak langsung telah memberi tekanan kepada bintang Argentina berusia 33 tahun itu.

"Barcelona telah menghabiskan sekitar 800 juta pound sejak Neymar menyertai PSG, dan mereka masih bergantung pada Messi produk akademi kelab dan beberapa pemain senior yang sudah berada lama di sana.

"Wang yang dimiliki Barcelona bagi merekrut pemain juga tidak dibelanjakan dengan bijak. Saya percaya Barcelona tidak akan maju ke depan.

"Tetapi sebenarnya sekiranya anda memiliki Messi, kebiasaannya anda tidak terlepas melakukan beberapa kesilapan yang kemudian selalunya diselesaikan oleh Messi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Skuad Setien diaibkan Bayern Munich apabila dibelasah juara Bundesliga itu 8-2 pada suku akhir Liga Juara-Juara di Estadio da Luz, Lisbon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!