Buruh maut dilanggar ketika cuba buat pusingan U

Mangsa disahkan meninggal dunia dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting pagi tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia dalam nahas di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting pagi tadi.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang buruh yang gagal membuat pusingan U sewaktu tiba di persimpangan lampu isyarat Genting Sanyen, Banting dirempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, mangsa yang merupakan seorang warga Bangladesh sedang menunggang motosikal dari arah Salak Tinggi menghala ke Langat Murni.

Beliau berkata, mangsa gagal membuat pusingan U di kawasan larangan tersebut menyebabkan dia dilanggar oleh pemandu lori berusia 31 tahun itu.

"Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizan berkata, mayat mangsa berusia 34 tahun itu dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat pada jam 9 pagi esok.

Tambah beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!