Kukuhkan kerangka Muafakat Nasional

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Kerangka penyatuan dan perpaduan orang Melayu dapat dijalinkan dengan kukuh selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, penyatuan itu akan memungkinkan Muafakat Nasional menjadi teras politik nasional yang stabil berasaskan kepelbagaian kaum, fahaman dan agama.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ini merupakan masa terbaik ummah disatupadukan dengan menolak politik benci membenci dan berpecah belah.

“Persetujuan Bersatu menyertai Muafakat Nasional melengkapkan kerangka penyatuan dan perpaduan orang Melayu. Penyatuan ini memungkinkan Muafakat Nasional menjadi teras politik nasional yang stabil berasaskan kepelbagaian kaum, fahaman dan agama.

"Tolaklah perpecahan. Syukur alhamdulillah. Muafakat membawa berkat. Masa terbaik ummah disatupadukan. Tolak politik benci dan politik pecah belah. Kita berpadu barulah kita memerintah, khidmat untuk semua kaum dan bangsa,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Mohd Nor Hamzah turut menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri yang disifatkan sebagai satu formula terbaik dalam memperkukuhkan Muafakat Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!