19 mangsa terperangkap dalam kebakaran diselamatkan

Kebakaran bengkel motosikal di tingkat bawah bangunan menyebabkan penghuni yang tinggal di atas terperangkap.
Kebakaran bengkel motosikal di tingkat bawah bangunan menyebabkan penghuni yang tinggal di atas terperangkap.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bomba menyelamatkan 19 mangsa yang terperangkap dalam satu kebakaran bengkel motosikal di bangunan empat tingkat di Jalan Megan Setapak pada jam 11 malam tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, bengkel motosikal yang terletak di tingkat bawah bangunan berkenaan terbakar 50 peratus dan merebak ke rumah didiami mangsa di tingkat satu.

"Kesemua mangsa berjaya dibawa turun menggunakan jentera pemadam (FRT) dalam keadaan selamat.

"Pasukan bomba bertindak mengawal kebakaran dan menghalang api daripada terus merebak ke seluruh bangunan sebelum api berjaya dikawal jam 11.41 malam," katanya.

Pasukan bomba melakukan kerja pemadaman.
Pasukan bomba melakukan kerja pemadaman.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, sebanyak lima motosikal dan alat ganti motosikal musnah terbakar.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Seramai 42 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Wangsa Maju, Keramat, Hang Tuah dan Seputeh terlibat dalam operasi berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!