Wan Ahmad Fayhsal ganti Syed Saddiq

Wan Ahmad Fayhsal (kiri) ganti Syed Saddiq (kanan) sebagai Ketua Armada
Wan Ahmad Fayhsal (kiri) ganti Syed Saddiq (kanan) sebagai Ketua Armada
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memenangi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2020- 2022 menggantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun pula dipilih sebagai Naib Ketua Armada.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, buat julung kalinya Armada bahagian di seluruh negara selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing secara serentak semalam.

"Seramai 9,496 orang perwakilan membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian Armada berlangsung semalam.

"Daripada 173 bahagian Armada yang layak bersidang, 164 bahagian berjaya mengadakan persidangan manakala sembilan bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan berkenaan, beliau turut melampirkan keputusan pemilihan bagi jawatankuasa Armada Malaysia penggal 2019 - 2022 yang menyaksikan Wan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Armada yang baharu.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, tumpuannya kini untuk menyatukan Bersatu yang kini berpecah belah.

"Terima kasih atas amanah yang begitu besar ini. Insya- ALLAH saya akan berikan yang terbaik untuk Armada dan anak muda.

Artikel Berkaitan:

"Fokus kita ialah #penyatuanArmada dan Bersatu itu sendiri, dan mulakan kerja segera demi rakyat Malaysia," katanya dalam catatan di Facebooknya sebentar tadi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!