Hubungan Malaysia-UAE tak terjejas: Hishammuddin

Hishammuddin ketika sidang media selepas hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.
Hishammuddin ketika sidang media selepas hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Hubungan Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak terjejas susulan keputusan negara Timur Tengah itu mencapai perjanjian damai serta menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan UAE itu merupakan hak kedaulatan negara terbabit dan Malaysia menghormati perkara tersebut.

Menurutnya, begitu juga pendirian Malaysia yang kekal konsisten untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel.

"Sebenarnya hubungan kita dengan UAE sangat erat. Hubungan saling hormat menghormati di antara kedua-dua negara ini harus diteruskan dan mampu untuk mengatasi pertimbangan serta pendirian semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjanjian UAE, Israel pengkhianatan terhadap dunia Islam

Perjanjian Israel-UAE ada udang di sebalik batu

Malaysia konsisten bela isu Palestin

"Jadi tidak ada sebab saya tidak boleh jumpa berbincang dengan (pemimpin) mereka," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Semalam dalam kenyataan medianya, Hishammuddin menjelaskan keputusan UAE mencapai perjanjian damai serta menormalisasikan hubungan dengan Israel sebagai hak kedaulatan negara tersebut.

Bagaimanapun katanya, pendirian Malaysia dalam isu Palestin tetap konsisten dan menentang pelan haram serta unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.

Tegasnya, Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel turut mengulangi pendirian sejak sekian lama bahawa pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua negara (two-State solution) berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin merupakan satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel.

Pada 14 Ogos lalu, residen Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan Ankara akan menggantung hubungan diplomatik dengan UAE selepas perjanjian damai kontroversi, Perjanjian Abraham dimeterai bersama Israel.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!