Ambil peluang tingkat eksport kelapa sawit: Hishammuddin

Hishammuddin (kiri) bersama jentera kempen Barisan Nasional bertemu penduduk sekitar Felda Trolak Selatan sebelum hadir keMajlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.
Hishammuddin (kiri) bersama jentera kempen Barisan Nasional bertemu penduduk sekitar Felda Trolak Selatan sebelum hadir keMajlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Malaysia akan mengambil peluang terhadap hubungan yang semakin baik di antara negara China dan India untuk meningkatkan eksport kelapa sawit.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hubungan dua hala antara China dan India kembali dalam kedudukan yang baik selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran.

Menurutnya, eksport kelapa sawit negara sebelum ini terjejas berikutan hubungan diplomatik kurang baik dengan kedua-dua negara itu.

"Masa mereka memerintah 22 bulan, selesai masalah Felda? Harga sawit naik? Hubungan kita dengan pasaran terbesar di India naik ke turun? Pasaran kita dengan China naik atau turun? Malah kita berkelahi dengan negara ini sebab saya menteri luar negeri saya tahu.

"Malah ketika itu India meletakkan levi nak eksport barangan kelapa sawit ke India, kelahi dengan Timur Tengah, tak ada dasar jelas berkenaan industri sawit. Hari ini saya nak laporkan lebih kurang 160 hari sahaja kita diberikan amanah mentadbir kerajaan, hubungan kita dengan India sudah beransur pulih," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat dan Warga Felda Trolak Selatan di Dewan Semai Bakti, Felda Trolak Selatan di sini hari ini.

Menurutnya, disebabkan hubungan yang semakin pulih itu juga, levi yang ditetapkan terhadap komoditi itu sudah dihapuskan oleh kerajaan India.

Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan dengan negara China juga beransur pulih malah perbincangan sedang dibuat bersama kepimpinan negara tersebut untuk meningkat eksport ke negara terbabit.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Hishammuddin menjelaskan situasi penularan koronavirus (Covid-19) di seluruh negara boleh dijadikan peluang untuk meneroka pasaran baharu komoditi kelapa sawit.

Artikel Berkaitan:

"Saya dah minta industri sawit untuk maklumkan kepada saya cara bagaimana kita dapat pastikan kekangan-kekangan yang wujud di kedua-dua pasaran ini dapat diatasi masalah.

"Dalam keadaan Covid-19 hari ini dengan terjejasnya rangkaian pasaran di peringkat dunia kita lihat ada peluang pasaran untuk menerokai pasaran baharu," katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, pihaknya juga sedang meneliti untuk mengeksport produk kelapa ke pasaran baharu termasuk di Timur Tengah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!