Gempa bumi landa Mindanao
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 3.22 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 123 kilometer barat daya dari Cotabato City, Filipina dengan kedalaman 578 kilometer.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!