Kluster Jeti Kuching diisytihar tamat

Kluster Jeti Kuching diisytiharkan tamat.
Kluster Jeti Kuching diisytiharkan tamat.
A
A
A

KUCHING - Kluster Jeti Kuching, antara kluster Covid-19 yang dikesan di Sarawak, telah diisytiharkan tamat setelah kesemua kes positif berkaitannya sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini, kluster Jeti Kuching itu melibatkan dua orang pekerja bukan warganegara Malaysia dari sebuah syarikat perikanan yang beroperasi di sebuah jeti di Pending.

“Kluster Jeti Kuching telah dikenal pasti berpunca daripada jangkitan tempatan iaitu jangkitan di dalam komuniti. Bagaimanapun, kluster ini telah berjaya dibendung dengan usaha dan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan semua ahli JPBN,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat tujuh kluster yang masih aktif di negeri ini iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraaan, Kluster Mambong, Kluster Pasar Stutong, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.

Sarawak hari ini tidak merekodkan kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kekal sebanyak 682 kes.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!