Yakult, The Sekolah Bola gilap bakat muda
YAKULT (M) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) selama setahun bersama The Sekolah Bola bagi mengasah bakat muda dalam sukan bola sepak di peringkat akar umbi.
Menerusi MoU ini, pemain dari The Sekolah Bola berusia bawah 12 tahun berpeluang untuk mendaftar bagi mengikuti kem latihan bola sepak bersama kelab di Jepun selepas penularan wabak pandemik koronavirus (Covid-19) semakin terkawal.
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada berkata, sukan merupakan antara salah satu platform buat syarikat mereka mempromosikan aspek penjagaan kesihatan dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai.
“MoU berkenaan adalah sejajar dengan falsafah Yakult iaitu ‘mencegah adalah lebih baik dari mengubati’ di samping usaha kami untuk mempromosikan kepentingan kesihatan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, pengasas The Sekolah Bola, Muhammad Yazid Yahaya berkata, pihaknya ingin merealisasikan impian kanak-kanak untuk menjadi pemain bola sepak profesional menerusi penggabungan sukan dan pendidikan.
“Selain latihan sukan, kami juga akan membekalkan Yakult kepada pemain di akademi ini selepas sesi latihan setiap hari bagi meningkatkan imuniti dan fungsi usus mereka,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!