Penyelamat 'budak gua' terima anugerah
CANBERRA - AUSTRALIA. Dua doktor yang memainkan peranan penting dalam misi menyelamatkan 12 remaja pemain bola sepak bersama jurulatih mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang ditenggelami banjir telah dinamakan sebagai Australians of the Year.
Dr Richard 'Harry' Harris dan Dr Craig Challen diberi penghargaan itu atau 'usaha berani' mereka menyertai operasi menyelamat itu.
Penyelam amatur itu sanggup menggadaikan nyawa ketika misi itu yang turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
"Usaha mereka sememangnya dikagumi Australia. Harris yang merupakan pakar perubatan juga perancang utama misi untuk membawa mereka keluar selain memilih untuk tinggal bersama kesemua mangsa sehingga operasi selesai.
"Sementara itu, Challen pula adalah kunci kejayaan misi tersebut. Beliau terus kekal dalam sistem gua sehingga mangsa terakhir dibawa keluar dengan selamat," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Difahamkan, anugerah itu diberikan setiap tahun ketika sambutan Hari Australia. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!