Masyarakat Cina di Slim terima pembangunan sama rata

Kemudahan rumah ibadat untuk penduduk Kampung Baru Slim River.
Kemudahan rumah ibadat untuk penduduk Kampung Baru Slim River.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Kampung Baru Slim River yang menjadi satu-satunya penempatan terbesar masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim tidak pernah terpinggir daripada menerima pembangunan yang dibawa kerajaan.

Kampung yang menempatkan lebih 200 kediaman dengan jumlah penduduk hampir 2,000 orang ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Kemudahan sekolah, rumah ibadat dan jalan baharu juga disediakan bagi memastikan penduduknya merasai nikmat pembangunan yang sama seperti di kawasan lain.

Dewan Serbaguna Slim River yang terdapat di Kampung Baru Slim River.
Dewan Serbaguna Slim River yang terdapat di Kampung Baru Slim River.

Seorang penduduk, Lew, 72, berkata, sudah banyak pembaharuan dibawa di kampung itu antaranya kemudahan jalan dan sistem perparitan.

Menurutnya, kawasan itu dahulunya sering dilanda banjir kilat dan jalan-jalan kampung pula membahayakan penduduk kerana laluan yang sempit.

LEW
LEW

"Dulu kawasan ini selalu banjir, bila hujan sikit sahaja habis rumah masuk air, bila kita buat aduan kerajaan buat selenggara besarkan parit dan baiki mana-mana saluran yang rosak.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang kami dah tak perlu risau kalau hujan, air dah tak naik masuk rumah," katanya ketika ditemui dalam tinjauan Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, dahulu laluan-laluan di kampung itu sempit dan membahayakan penduduk terutama pada waktu malam.

Kemudahan jalan baharu dan sistem perparitan yang lebih besar bagi menangani masalah banjir di kawasan Kampung Baru Slim River.
Kemudahan jalan baharu dan sistem perparitan yang lebih besar bagi menangani masalah banjir di kawasan Kampung Baru Slim River.

"Nak lalu satu kereta dan motosikal pun susah, tetapi kerajaan prihatin bantu buat jalan baharu.

"Dari mula masuk sampai hujung kampung, semua jalan sudah bertar dan tahun lepas, kerajaan ada buat turapan baharu laluan untuk ke sekolah," katanya.

Penempatan Kampung Baru Slim River ini agak unik kerana bercampur dengan sebilangan kecil komuniti India.

Ia menempatkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chuan Hua, SJK Tamil Slim River, Dewan Serbaguna bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan rumah ibadat.

Seorang lagi penduduk, Lau, 50, berharap, wakil rakyat baharu yang bakal dipilih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim ini dapat meneruskan pembangunan di kawasan itu.

LAU
LAU

Katanya, rekod perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib selama empat penggal sangat disenangi penduduk di situ.

"Kita tak mahu janji sana janji sini, tetapi bila sudah dapat undi, mereka lupakan rakyat, harap sesiapapun yang jadi wakil rakyat nanti dapat buat kerja sama macam Datuk Mohd Khusairi," katanya.

Masyarakat Cina di DUN Slim mewakili 10 peratus daripada jumlah keseluruhan seramai 27,139 orang.

Masyarakat Melayu 74 peratus, India 10 peratus dan terdapat juga masyarakat orang asli 1.4 peratus.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!