Mahkamah mula mendengar kes pembubaran DUN Sabah
KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mula mendengar untuk menentukan sama ada keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas, boleh diadili iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim akan menentukan perkara tersebut berikutan terdapat permohonan semakan kehakiman mengenai pembubaran DUN Sabah.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli DUN membuat permohonan mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.
ARTIKEL BERKAITAN: Esok hari penting buat Sabah
PRN Sabah: SPR bermesyuarat 17 Ogos
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!