Milo tawar wang tunai RM550,000 sempena ulang tahun ke-70

SU YEN
SU YEN
A
A
A

MILO menawarkan hadiah wang tunai lebih RM550,000 dan barangan edisi terhad produknya menerusi Peraduan Milo 70 tahun Kebaikan Dalam 70 Hari yang berlangsung selama 70 hari dari 20 Julai hingga 27 September ini.

Milo dalam satu kenyataan menjelaskan, lebih 900 hadiah bakal menjadi rebutan, termasuk wang tunai harian bernilai RM700 untuk tiga pemenang selama 70 hari, wang tunai mingguan RM7,000 untuk dua pemenang bertuah selama 10 minggu.

“Tiga pemenang yang paling bertuah akan membawa pulang hadiah wang tunai utama bernilai RM70,000 setiap seorang.

“Di samping itu, seramai 700 orang peserta akan dipilih untuk memenangi hadiah saguhati berupa beg gim Milo vintaj edisi terhad yang menampilkan logo ikonik produk berkenaan dari 1950-an,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan Milo, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, Peraduan Milo 70 tahun Kebaikan Dalam 70 Hari merupakan tanda penghargaan jenama berkenaan kepada rakyat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan kepada Milo sehingga menjadi produk pilihan nombor satu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!