MAFI perluas kursus pemasaran online kepada agropreneur

Che Abdullah
Che Abdullah
A
A
A

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memperluaskan penganjuran kursus pemasaran dalam talian kepada agropreneur muda di seluruh negara bagi membantu golongan berkenaan memasarkan produk pertanian dan agro makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seramai 50 usahawan muda di Sabah menjadi kumpulan pertama menjalani kursus itu semalam.

“Penjualan dalam talian ini membantu usahawan muda memasarkan produk secara lebih meluas dan terbuka tanpa melalui orang tengah dan ini adalah peluang serta perkembangan cukup baik.

“Justeru, kementerian melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menggalakkan usahawan muda menggunakan medium dalam talian kerana mereka lebih mudah memahami Internet dan memanfaatkannya untuk perniagaan,” katanya pada majlis perasmian Kursus Pemasaran Dalam Talian Agropreneur Muda Sabah di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Sementara itu, beliau berkata pemasaran dalam talian menerusi platform AgroBazaar membantu meningkatkan jualan produk pertanian dan industri asas tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sepanjang tempoh itu, hasil jualan produk pertanian melalui AgroBazaar di Sabah mencatatkan kutipan kira-kira RM200,000 dengan penyertaan usahawan yang cukup menggalakkan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!