Pasangan kembar hamil serentak
OHIO - Pasangan kembar seiras berkongsi kegembiraan apabila mereka hamil serentak selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangan adik-beradik kembar.
Brittany dan Briana Deane, 33, mengahwini suami mereka, Josh dan Jeremy Salyers, 35, pada 2018 setelah bertemu di sebuah konvensyen kembar di Ohio, Amerika Syarikat, lapor Mirror.
Pasangan kembar itu mengikat tali pertunangan dan menganjurkan majlis perkahwinan pada tarikh yang sama dan kini akan berkongsi pengalaman kehamilan secara serentak.
Berita itu diumumkan di laman Instagram dengan kapsyen,"Teka apa? kedua pasangan hamil!
"Kami sangat gembira dan bersyukur kerana hamil secara berganda dan berkongsi berita gembira ini kepada anda semua.
"Anak-anak kita bukan sahaja sepupu, tetapi mempunyai genetik kembar daripada ibu dan bapa mereka. Tidak sabar untuk bertemu mereka," katanya.
Tahun lalu Brittany dan Brianna mengakui semasa ditemu bual di Australia's Today memberitahu merancang untuk hamil pada masa yang sama.
"Saya mahu kami merasai pengalaman itu bersama.
"Kami telah mengalami pengalaman menyambut ulang tahun, mendapatkan lesen memandu, tamat pengajian dan perkahwinan bersama-sama.
"Jadi kami mahu abadikan pengalaman hamil bersama dan melahirkan bayi comel," kata Brittany.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!