RCI mampu elakkan TH jadi modal politik

Berani Semuka menemukan Mujahid dan Abdul Azeez di atas satu pentas bagi menyampaikan hujah masing-masing supaya rakyat dapat membuat penilaian.
Berani Semuka menemukan Mujahid dan Abdul Azeez di atas satu pentas bagi menyampaikan hujah masing-masing supaya rakyat dapat membuat penilaian.
A
A
A

PROGRAM Berani Semuka: Mujahid vs Azeez anjuran Sinar Harian pada Jumaat lalu bukan untuk mencari siapa pemenang dan siapa lebih hebat di atas pentas debat.

Sebaliknya ia diadakan untuk memberi peluang kepada ahli politik, tokoh korporat dan menteri-menteri untuk menjelaskan isu berbangkit kepada rakyat dalam suasana harmoni dan ilmiah.

Apatah lagi isu yang dibangkitkan ialah Tabung Haji (TH) yang sangat dekat di hati rakyat terutama umat Islam di negara ini.

Polemik yang berlarutan itu merimaskan kita semua kerana bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mempunyai hujah mereka yang tersendiri mengenai isu tersebut.

Maka program Berani Semuka menyediakan pentas kepada kedua-dua tokoh berkenaan bagi memberikan peluang untuk menyampaikan hujah masing-masing supaya rakyat dapat membuat penilaian.

Sudah tentu sukar untuk menentukan siapa yang menang. Bagi penyokong Mujahid, ramai yang memuji kehebatan beliau dalam menyampaikan fakta dan hujah yang bernas.

Begitu juga dengan penyokong Azeez yang turut yakin dengan kelantangan Ahli Parlimen Baling itu mempertahankan serangan daripada pihak lawan.

Dalam tempoh terdekat, cakap-cakap mengenai institusi kewangan umat Islam itu mungkin akan reda buat seketika.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ada baiknya juga jika kerajaan mengambil inisiatif untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memastikan apa yang berlaku kepada TH tidak berulang pada masa depan.

Dengan adanya RCI itu nanti, segala persoalan pasti akan terjawab dan tiada lagi mana-mana pihak boleh menjadikan ia sebagai modal politik.

TH merupakan sebuah institusi kewangan yang penting kepada umat Islam. Reputasi serta kredibilitinya perlu dipelihara dengan baik.

Ini penting bagi memberikan keyakinan kepada para pelabur dan pendeposit untuk terus menyimpan dengan TH.

Tidak seharusnya nama baik TH terus diburukkan lagi dengan kisah-kisah silam dan sudah sampai masanya untuk TH tidak lagi diganggu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!