UAE serah nota bantahan kepada Iran

Emiriah Arab Bersatu bersetuju menjalinkan hubungan yang normal dengan Israel pada Khamis lalu. - Foto AFP
Emiriah Arab Bersatu bersetuju menjalinkan hubungan yang normal dengan Israel pada Khamis lalu. - Foto AFP
A
A
A

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam memanggil Kuasa Usaha Iran di Abu Dhabi bagi membantah ancaman yang dibuat oleh presiden negara itu berhubung keputusan UAE menjalin hubungan normal dengan Israel, kata media kerajaan.

Kementerian Luar menyerahkan satu nota bantahan yang menentang ancaman tersebut yang dibuat oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani berhubung keputusan kedaulatan UAE, lapor agensi berita rasmi WAM.

Bantahan itu dibuat sehari selepas Hassan berkata, keputusan UAE untuk menormalkan hubungan tersebut merupakan satu kesalahan besar dan memberi amaran bahawa ia juga menentang pembukaan jalan kepada Israel di wilayah tersebut.

Tanpa memberikan maksud lanjut tentang kenyataan tersebut, presiden berkenaan menyatakan hubungan itu 'akan menjadi satu lagi kisah dan ia akan ditangani dengan cara yang lain,' lapor agensi berita Mehr.

UAE berkata, retorik seumpama itu tidak dapat diterima dan berbentuk hasutan selain mempunyai kesan serius terhadap keselamatan dan kestabilan di rantau Teluk.

Persetujuan mengadakan hubungan normal itu antara negara tersebut dengan Israel diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!