Tipu polis dengan alasan tidak munasabah
LONDON - Menipu anggota polis dengan tujuan mengelak disaman ketika memandu kenderaan merupakan perkara yang pernah dilakukan oleh sebahagian besar pemandu di seluruh dunia.
Namun, seorang pemandu kereta ditahan oleh polis di tepi sebuah jalan raya di Cheshire kerana didapati membuat panggilan dengan menggunakan telefon bimbit.
Dia juga memberikan alasan yang tidak munasabah apabila mendakwa sedang membuat panggilan secara bebas tangan.
Pemandu itu ditahan pada petang Sabtu lalu selepas pihak berkuasa itu mendapati dia memegang telefon bimbit ketika sedang memandu.
Polis Cheshire kemudian menahannya kerana menganggap dia sedang membuat satu panggilan telefon.
Bagaimanapun, menurut portal berita Liverpool Ehco pada 16 Ogos lalu, pemandu tersebut didapati tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Pengangkutan Jalan (MOT) yang sah sekali gus melakukan kesalahan jalan raya.
Lebih melucukan lagi, dia memegang telefon bimbit itu ketika memandu di sebelah kereta polis.
Situasi itu menyebabkan pihak berkuasa itu bertindak menahan kenderaan yang sedang dipandunya.
Jumlah saman yang perlu dibayarnya tidak dinyatakan dalam portal tersebut.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Polis Lalu Lintas Barat laut berkata, sebahagian pemandu sering dilihat menekan atau menaip butang telefon bimbit beberapa kali.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!