Gempa bumi kuat di Samar, Filipina pagi ini

Gempa berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.
Gempa berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Samar, Filipina pada jam 8.03 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di kedudukan 51 kilometer barat dari Calbayog City, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!