Lebih 2 juta tonton Berani Semuka Mujahid vs Azeez

Mujahid (kiri) dan Abdul Azeez dalam program Berani Bersemuka dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F Kompleks Karangkraf di sini Jumaat lalu.
Mujahid (kiri) dan Abdul Azeez dalam program Berani Bersemuka dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F Kompleks Karangkraf di sini Jumaat lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Malam hangat yang mempertemukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menerusi program Berani Semuka, Jumaat lalu, berjaya merekodkan sebanyak 2,030, 056 tontonan, setakat hari ini.

Jumlah keseluruhan itu adalah gabungan tontonan dari semua platform digital dan media sosial Sinar Harian yang disiarkan secara langsung dari Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini, minggu lalu.

Daripada jumlah itu, medium Facebook Sinar Harian yang memiliki 4,277,595 pengikut telah mencatat rekod tontonan tertinggi dengan capaian mencecah lebih 1.7 juta tontonan.

Sementara itu, laman YouTube Sinar Harian pula menunjukkan jumlah sehingga 216,604 tontonan manakala 20,902 tontonan berjaya dicapai menerusi portal rasmi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Program Berani Semuka bukan untuk cari kesalahan: Azeez

Kewangan TH sakit sejak 2015: Mujahid

Siapa sebenarnya politikkan TH, soal Mujahid

Azeez kumpul RM27.8 bilion dalam tempoh empat tahun untuk TH

Artikel Berkaitan:

Tidak ketinggalan, program Berani Semuka yang turut dipancarkan ke laman Twitter SinarOnline dengan 615,000 pengikut menunjukkan capaian penonton seramai 2,200 tontonan.

Program yang membawa format ala debat bakal Presiden Amerika Syarikat yang julung kali diadakan itu diadakan bertujuan bagi menjawab kekeliruan yang melanda TH sehingga menjadi perbalahan pada persidangan Dewan Rakyat. Isu itu juga telah menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli politik serta bualan hangat rakyat.

Berlangsung selama kira-kira sejam setengah, Berani Semuka itu telah menampilkan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar sebagai moderator selain turut mengundang dua wartawan iaitu Abdul Rahim Hilmi Zakaria (wakil Abdul Azeez) dan Zulkifli Sulong (wakil Mujahid) untuk bertanyakan soalan kepada kedua-dua ahli panel.

Sesi perdebatan yang menampilkan dua tokoh dari latar belakang fahaman politk yang berbeza di bawah satu program ini sekali gus turut membuktikan Sinar Harian sebagai wadah penyampai berita yang mengamalkan sistem neutral.

14 Tahun Kekal Neutral

FAKTA NOMBOR

FACEBOOK: 1,790,350 viewers

YOUTUBE: 216,604 viewers

PORTAL: 20,902 viewers

TWITTER: 2,200 viewers

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!