Bekas eksekutif syarikat telekomunikasi direman disyaki rasuah

Seorang bekas eksekutif kanan syarikat telekomunikasi ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan hampir RM16,000 pada tahun 2018 hingga 2019.
Seorang bekas eksekutif kanan syarikat telekomunikasi ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan hampir RM16,000 pada tahun 2018 hingga 2019.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang bekas eksekutif kanan syarikat telekomunikasi ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan kes menerima suapan hampir RM16,000 pada tahun 2018 hingga 2019.

Perintah reman bermula hari ini sehingga Ahad itu dikeluarkan oleh Majistret, Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada jam 12.15 tengah hari, semalam, selepas hadir memberi keterangan.

Suspek dipercayai menerima sejumlah wang hampir RM16,000 daripada sebuah syarikat vendor yang membekalkan perkhidmatan dan peralatan telekomunikasi kepada syarikat dia sedang berkhidmat, menerusi syarikat yang dimilikinya.

Penahanan itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!