Zulkifli dilantik sebagai anggota Majlis Hukama' Al Muslimin

Surat pelantikan Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.
Surat pelantikan Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin.

Zulkifli berkata, pelantikan dan kepercayaan diberikan merupakan amanah untuknya bagi membawa mesej Islam sebagai agama menyeru kepada perpaduan dan keamanan.

"Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada Pengerusi Majlis Hukama' Al Muslimin, Dr Ahmad Muhammad Al-Toyyid yang telah menyampaikan hasrat beliau untuk melantik saya sebagai salah seorang anggota Majlis Hukama' Al-Muslimin.

"Semoga pelantikan saya ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada Malaysia bahkan kepada dunia Islam keseluruhannya," katanya dalam Facebooknya hari ini.

Majlis Hukama’ Al-Muslimin adalah sebuah institusi antarabangsa yang menghimpunkan para ulama, sarjana dan cendekiawan yang dikenali khususnya kerana pendekatan yang berhikmah, cakna keadilan, kebebasan dan kesederhanaan (wasatiyyah).

Institusi itu terdiri daripada 12 ahli majlis akan bekerjasama bagi mempromosikan keamanan, menolak keganasan.

Ia juga meneliti punca konflik dan perpecahan umat Islam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!