Tempahan ruang pameran Lima'19 melebihi jangkaan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang bakal berlangsung pada 26 hingga 30 Mac ini, menerima sambutan memberangsangkan dengan jumlah peratusan tempahan ruang pameran LIMA’19 menjangkau 104 peratus.

Ruang pameran Lima’19 yang berkeluasan 10,519 meter persegi itu, telah menerima penyertaan 12 pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata ia membuktikan minat dan keyakinan tinggi syarikat-syarikat industri pertahanan untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama dengan industri sedia ada serta menarik lebih ramai pemain industri antarabangsa.

“Pameran Lima’19 edisi ke-15 pada kali ini, akan dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan bertemakan “Defence and Commercial Connecting Intelligence”.

“Kerjasama kedua-dua kementerian ini pada Lima’19 adalah bagi membuka lebih banyak ruang penyertaan sektor komersil dan pada masa sama ia juga memperkukuh segmen pertahanan aeroangkasa serta maritim sedia ada,” menurut kenyataan itu.

Lima’19 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pencetus kepada penganjuran pertama pameran berprestij ini pada 1991, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri keempat ketika itu.

Pameran Lima’19 kali ini disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabangsa yang melibatkan 20 negara yang diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Pameran persidangan antarabangsa, seminar, pameran statik dan pertunjukkan udara akan diadakan di MIEC manakala pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstrasi maritim di RWL.

Artikel Berkaitan:

“Pameran di MIEC dibuka kepada pelawat awam pada 29 dan 30 Mac manakala pameran segmen maritim di RWL dibuka kepada semua dari 26 Mac hingga 30 Mac,” kata kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!