Ujian Covid-19 Dr Khairuddin negatif

Teresa Kok dan Dr Khairuddin Aman Razali
Teresa Kok dan Dr Khairuddin Aman Razali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah menjalani pemeriksaan dan ujian khas koronavirus (Covid-19) sebaik tiba di tanah air dari luar negara pada 7 Julai lalu.

Sumber terdekat menteri terbabit berkata, pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan mengambil masa kira-kira lima jam dan keputusan ujian tersebut adalah negatif.

"Pemergian beliau ke luar negara mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai negara (zon) hijau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempertikaikan tindakan Dr Khairuddin kerana tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara Julai lalu.

Teresa mendakwa Khairuddin ke Turki pada 3 Julai lalu dan pulang ke tanah air pada 7 Julai sebelum ke Parlimen pada 13 Julai.

Teresa menganggap Khairuddin telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sementara itu, beliau juga memaklumkan Dr Khairuddin akan memberi kenyataannya dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!